Sunday, 25 December 2016

Hati kecilku berkata

Untuk sekian lama aku cuba untuk pertahankan semua ni. Hari ni, aku kecundang. Untuk 1 kesalahan kecil yang tiada kesudahannya. Ya Allah, berikan yang terbaik untuk diri ku. Perjalanan ku masih panjang. Tak mungkin untuk aku melangkah semua ini sendiri tanpa seorang yang benar aku percayai untuk berada di sampingku, setiap masa. Tabah kan hati ku ini Ya Allah. Mungkin ini ujian untuk kita saling memahami apa maksud rindu dan maaf.

  

Skin talk

Assalamualaikum~ (tak jawab dosa) 

Hari ni, aku terlebih happy. Because why? Sebab muka aku dah 60% recovered! (tepuk tgn sikit!). Alhamdulillah. Semua ni takkan berhasil kalau tak ada support dari kawan2. Kalau mak aku, biasalah. Ayat dia "muka dah cantik dah tu. Nak cantik macam mana lagi". Mak cakap mcm ni sbb tak nak anak dia berhabis duit utk muka kaaannn?! Ok la mak sgt membantu dalam pengurusan duit aku utk beauty je. Lepas mak ckp mcmtu mst aku giveup kejap nk membeli product. Betul jugak apa yang mak cakap, bersyukur kan lebih baik! ;) Tapi back to kawan-kawan2, Yes, kawan-kawan aku memang supportive kalau bab-bab muka ni. Kadang kulit dorang dah ok, dorang pun share goods and selalu prevent benda yang bad for your skin. 

Alkisahnya, time tu aku dekat rumah sewa. Kawan-kawan aku kat asrama. 1 hari tu dorang test mercury on product dekat barang emas. Tak silap aku dorang test pakai cincin Aina (kalau tak silap aku la. Sebab aku takde dalam situasi :p). Disebabkan 1 geng ni macam2 produk la yang kitorang pakai, so dlm 3 product la yang dapat dorang ni test. (Hahahah tak cukup test kat lab kan korang ni!) Berdasarkan apa yang dah baca, kalau product yang contain mercury bila kita test dekat emas, dia bertukar color jd mcm kelabu. Dalam 3 product tu, cuma 1 sahaja product yang tak bertukar color. Product yang selama ni aku dok tepek kat muka dengan yakin nya keluar tepek lagi, malam pun tepek lagi, lepas tu bangga waaaahhhh muka aku flawlessnyee! Padahal? Kau dok letak mercury dekat muka kau! I can't brain thissss! So, kawan-kawan aku berjaya membuktikan produk tu tak bagus ye utk kulit kita. Aku tak nak bagi tahu la produk apa, tapi hint dia: Product yang 3 in 1, 5 in 1, yang dalam kotak 1 set terus tu ha. Bukan aku nak condemn, tapi ni kenyataan. Mungkin ada yang bagus, yang aku tak tahu. Tapi, ni aku cerita berdasarkan apa yang dah nampak depan mata. Memang dia nampak kesan yang cepat tapi its not in a good way. Dia bahaya bukan sahaja kulit tapi for long lifelime effect. Aku pun sedih sebab aku terjebak sekali dengan produk tu huhuhu T.T

Based on what my friend told me, dia praktikal dekat lab. So dia friendly la dengan test sample ni. Antaranya dorang ada buat test sample on beauty product. Which, kau ada buat product baru, lepastu hantar dekat lab utk buat sample. Senior-senior tu cakap mmg beauty product ada mercury sbb nak nampak la the effectiveness but less than range. Bukan terlebih range tu maksudnya bahaya ye. Ni based on apa yang kawan aku cakap la sbb dia berpengalaman dekat lab. 

Jadi, kesimpulan berdasarkan pengalaman aku sendiri pakai produk yang contain mercury ni, yakin je dengan muka bersih licin tapi sebenarnya? (ha jawab dengan kata-kata anda sendiri). So lepasni tak boleh main beli & percaya testimoni-testimoni yang membuat kuasa membeli kita membuak-buak! Berhati-hati lah ye, sebab once kita stop, kita pun dah tak kenal muka kita dah. Muka aku pun dah sikit-sikit recovered. Next post aku akan blog tentang My breakout skin journey sikit. Hahaahh! Over! Ok bye :B

Monday, 19 December 2016

Environmental Engineering?

Assalamualaikum hai semua orang!

Wah lamanya tak menulis! Sorry for went MIA ahak! Sebenarnya sekarang ni tengah final week. Boleh aku bersenang lenang berblogging pula ek? 

Best ke Environmental Engineering? 

Huish soalan! Ok bagi sesiapa yang dapat course ni dekat mana2. Please, jangan give up ok? Masa first tawaran dapat sambung belajar dekat Poli dgn kos DAS (Diploma Alam Sekitar), punya siap google lagi kos ni. So far ada jugak la yang share pasal kos ni. To be honest, im not a fan of Mathematics, drawing. Ha time tu rasa sedih sebab mesti rasa mesti aku gagal amik kos ni. Yela, engineering is so in dengan calculation. Aku pulak tak boleh berkawan dengan Maths semua ni, kau rasa? Kau kena kira aliran dalam sewerage system, maths dah tentu lah kan? Tapi, (Kesian aku kena kira sampah yang oranglain pun tak nak kesah pun pasal ni. Sobss.) tapi tulah, buang sampah reti tapi ....... Yang buang sampah merata ni ish! 

Masa sebelum masuk sini, dekat fikiran aku "alah ni mesti kutip-kutip sampah" TAPI ok TAPI, tak semua orang berpeluang masuk Materials Recovery Facility (MRF).

When it comes to final exam, my target is just LULUS JE! Padahal semua orang dalam class nak dekan. We all know whats the best for yourself kan? Kalau macam aku, dapat maintain 3pointer every sem pun aku dah rasa bersyukur sangat. Yelah, benda yang kau tak suka tapi kau kena hadap jugak mesti lah expectation kau pun decrease, then when it decrease self confident kau pun akan decrease. Tapi bila kau usaha, buat final betul-betul & study (walaupun subject yang kau tak suka) tiba-tiba dapat result, eh eh lulus lah pulak. Sejak dari tu la semuanya menjadi increase termasuklah self confident! (Diterima tak hipotesis aku?) Ini lah yang aku rasakan sem ni. 

Oklah nak kena sambung belajar lagi! Lagi setahun setengah je dapat stresskan diri dekat sini hehe! Yang lain tu, belajar tau jangan tak belajar! Assalamualaikum : )